SEKADAR PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA UMAT ISLAM Penerangan Ustaz Zawawi dalam radio ikim.
Antara sunnah Rasulullah s.a.w. ialah bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum". dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"
Ringkasnya : Beri salam - "Assalamualaikum"Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"Apabila kita berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "kirim salam Assalamualaikum pada ZIZAH ye" (contoh)
Bukannya : "kirim salam kat ZIZAH ye"Dan bukannya "kirim salam maut".
Pernyataan ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Hati-hati dgn perkataan:"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A'kum" Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan, "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna"A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yangbermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Oleh itu, mulai sekarang jika ada orang hantar "A'kum", kita ingatkandia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga kita sama-sama memperolehi manfaat dan rahmat dari NYA.
Wallahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
insyaallah kan ku mengingati pelajaran hari ini. bgn sme, terime kasih cekguu.
*terime kasih cekguu*
kan da mrindu zamanskola dlu
Post a Comment